 Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan
salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong
pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi
negara. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan
kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam
pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006.
|
|
Penubuhan Universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah
Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006. Jemaah Menteri juga
telah menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di UMK berteraskan
kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu frasa rangsangan seperti “Entrepreneurship is Our Thrust” (Keusahawanan Teras Kami) dan “Entrepreneurial University” (Universiti Keusahawanan) digunakan
dengan meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa
pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu :
|
|
-
Keusahawanan dan Perniagaan ;
-
Teknologi Kreatif dan Warisan; serta
-
Agro-industri dan Sains Sumber Asli
|
|
Pada masa yang sama, penekanan diberi kepada kemahiran bahasa dan
kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan untuk melahirkan
modal insan negara yang berkualiti tinggi dengan minda kelas pertama,
lengkap dengan ciri-ciri keusahawanan. Modal insan yang dihasilkan
dimanfaatkan untuk kesejahteraan global dengan memberi perhatian kepada
peningkatan keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
(capability and capacity building of SME) serta menyumbang
kepada pembangunan masyarakat perdagangan berkeusahawanan tinggi. Dalam
semua pelaksanaan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diguna
sebagai pengupaya (ICT as an enabler).
|
|
Penubuhan Universiti |
|
Kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan di Taman Bendahara
mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran
pelajar-pelajar sulung UMK seramai 295 orang. Pada tahun kedua operasi,
iaitu mulai Julai 2008, pihak Universiti telah berjaya mendaftar seramai
332 orang pelajar.
|
|
Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah Y. Bhg.
Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang dilantik pada 1 Oktober 2006.
|
No comments:
Post a Comment